Sunday, April 24, 2011

Kurangkan Penggunaan Beg Plastik

Kurangkan penggunaan beg plastik. Bincangkan kenyataan ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan plastik? Plastik adalah sejenis bahan sintetik yang dibuat daripada petroleum. Isu pada zaman yang canggih ini ialah manusia menggunakan plastik dan membuangnya di merata-rata tempat. Kita sebagai insan yang berakal tidak memikIrkan impak yang akan berlaku kepada kita apabila plastik tidak dilupuskan dengan cara yang betul. Plastikmengandungi sisa-sisa toksik yang berbahaya. Apabila dibuang di merata-rata tempat, ia akan menyebabkan sisa-sisa toksik yang terkandung dalam plastik akan meresap ke dalam tanah. Lama-kelamaan air yang mengalir melalui tanah tersebut mengakibatkan air tersebut turut tercemar. Air merupakan sumber utama kepada manusia. Tanpa air menusia tidak dapat meneruskan hidup. Jika penggunaan plastik dapat dikurangkan atau dilupuskan, sudah tentu masalah- masalah tersebut tidak akan berlaku. Sebenarnya, terdapat banyak cara untukmengurangkan penggunaan plastik.Antara cara yang kerap dikatakan oleh pihak kerajaan kepada rakyatnya adalah membawa beg atau troli sendiri apabila ke pasar. Kita sudah tentu kerap mendengarnya dan juga turut bosan mendengar kenyataan tersebut tetapi itulah permulaan strategi untuk mengurangkan penggunaan plastik. Apabila kita pergi ke pasar, sudah tentu kita akan membeli banyak barang keperluan. Hal inidemikian, sudah tentulah untuk setiap barangan yang dibeli itu dibawa balik ke rumah dengan menggunakan plastik. Justeru, pihak kerajaan berusaha untuk memulihkannya. Janganlah kita membawa barangan tersebut di dalam plastik, tetapi bawalah barangan tersebut di dalam troli atau beg sendiri.Tetapi, rakyat Malaysia pada masa ini, begitu malasnya untuk membawa beg sendiri danlangsung tidak menghiraukan keadaan alam jika menggunakan plastik.

Saturday, April 23, 2011

Pembuangan Sisa Toksik

PEMBUANGAN SISA TOKSIK

Masalah pembuangan bahan  sisa toksik  dan bahan yang tidak boleh reput seperti plastik, kaca, dan aluminium wujud melanda negara kita pada masa kini. Masalah ini, kalau tidak dapat diselesaikan dengan segera, akan menimbulkan masalah pencemaran yang buruk. Banyak impak yang dialami oleh penduduk tempatan dan kesan-kesan ini mungkin berlarutan bagi tempoh masa yang panjang. Jadi, langkah-langkah berkesan hendaklah diambil dengan segera sebelum masalah ini semakin serius.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI

Penguatkuasaan undang-undang

Langkah yang dapat dilaksanakan adalah dengan mewujudkan undang-undang yang baru dan menyeluruh. Setakat ini, kita mempunyai Akta Kualiti Alam Sekitar 1997 yang bertujuan mengawal aktiviti yang boleh menjejaskan kualiti alam. Namun belum terdapat akta khas untuk mengawal aktiviti yang boleh pembuangan bahan tidak mudah reput. Oleh itu, garis panduan yang khas dan terperinci tentang pengurusan pembuangan bahan tersebut mesti disediakan. Pihak yang membuang bahan ini di merata tempat harus dikenakan hukuman yang berat. Hukuman penjara pasti menjadi langkah pencegahan yang baik.


Mengadakan kempen kitar semula

Selain itu, untuk mengatasi masalah pencemaran yang semakin memburuk ini ialah dengan mengadakan kempen kitar semula bagi bahan-bahan yang tidak boleh reput seperti plastik dan lain-lain. Proses kitar semula ialah proses mengubah bahan-bahan buangan atau bahan-bahan yang tidak digunakan lagi kepada bahan-bahan baru yang berguna dan bernilai di pasaran. Sebagai contoh, botol-botol kaca yang terbuang dibersihkan, disteril dan digunakan semula. Dengan ini, bukan sahaja dapat mengurangkan masalah pencemaran oleh bahan-bahan yang tidak boleh reput ini, malah dapat menjimatkan sumber-sumber semulajadi yang digunakan untuk membuat botol kaca baru. Kerajaan harus mempergiatkan lagi kempen kitar semula di seluruh negara dengan menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan bahan-bahan untuk dikitar semula di seluruh negara dengan menyediakan banyak pusat pengumpulan bahan-bahan untuk dikitar semula supaya rakyat lebih senang untuk mengitar semula dan memberikan semangat kepada orang ramai untuk mengitar semula.

Memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi

Kemajuan sains dan teknologi juga dapat mengatasi masalah ini. Melalui penyelidikan dan pembangunan, kita dapat mengeluarkan barang yang mesra alam. Misalnya, bekas plastik yang mudah reput. Pinggan mangkuk mesra alam dibuat daripada sekam padi. Barang ini bukan sahaja tidak mencemarkan alam malah menyuburkannya. Teknologi canggih juga menghasilkan jentera yang mampu menghancurkan plastik, tayar, dan sebagainya menjadi serat halus. Dengan ini, bahan-bahan pencemar ini dapat diproses semula menjadi barang yang berguna. Kuantiti yang dibuang dapat dikurangkan.

KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAHAN SISA TOSIK

Kesan terhadap kesihatan manusia

Kesan-kesan pencemaran ini banyak menimbulkan masalah terhadap hidupan-hidupan pada masa kini termasuklah kepada manusia sendiri. Bahan-bahan sisa toksik yang dibuang ke dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen yang terdapat di dalam air. Hidupan air akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan dari hidupan air dan juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau mengunakan air yang tercemar. Selain itu. sampah sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga mengalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

Sistem air bawah tanah tercemar

Loji pelupusan dan tapak pembuangan bahan tidak boleh reput harus dibina. Bahan-bahan bertoksik seperti minyak kotor, plumbum, dan sebagainya boleh menyebabkan pencemaran alam. Pembuangan racun serangga dapat menyebabkan pencemaran air. Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya mengalir di dalam sistem saliran utama parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

KESIMPULAN

Banyak langkah dapat diambil untuk mengatasi masalah ini. Tidak kira apa-apa langkah yang diambil, langkah itu tidak akan mendatangkan hasil tanpa kejasama dari semua pihak. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu dalam usaha mengatasi masalah pencemaran yang buruk ini. Semua pihak mempunyai peranan masing-masing dan harus melaksanakannya dengan sempurna dalam menjamin kesejahteraan hidup masa kini dan generasi pada masa akan datang. Langkah-langkah tersebut dijadikan rujukan untuk mengatasi masalah ini dan masalah ini harus diselesaikan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Oleh itu, kerjasama dari pelbagai pihak amatlah dihargai dalam usaha mengatasi masalah ini. Selamatkan alam sekitar kita!.

Friday, February 25, 2011

Pembuangan sampah

Pembuangan sampah dimerata-rata tempat: Kesannya kepada alam sekitar.

1. Kejadian pembuangan sampah dimerata-rata tempat masih dapat dilihat berlaku dinegara kita ini.
2. Kesanny
a kepada alam sekitar adalah tertakluk kepada jenis barang-barang yang dibuang itu.
3. Walaubagaimanapun, sepertimana yang telah diperhatikan, jenis sampah yang sering di buang dimerata-rata tempat adalah sampah yang terdiri daripada sisa-sisa makanan termasuk bahan-bahan bungkusan makanan dan minuman.
4. Jenis sampah seperti ini, jika dibiarkan akan menyebabkan keadaan sekeliling berbau busuk dan juga seterusnya menarik tikus dan lalat yang mana merupakan pembawa penyakit.
5. Barang-barang yang dibuang itu juga selalunya terdiri daripada bekas-bekas yang boleh menakung air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.
6. Selain daripada itu, sampah-sampah yang terdiri daripada benda-benda tajam seperti pecahan kaca dan potongan tin juga akan menyebabkan kawasan yang dikotori itu berbahaya kepada keselamatan.
7. Dari apa yang diperhatikan juga, benda utama sampah-sampah yang dibuang dimerata-rata tempat adalah benda-benda plastik, terutamanya beg plastik dan botol plastik.
8. Sepertimana yang diketahui benda yang diperbuat daripada plastik konvensional, tidak mudah reput dan jika tidak dibersihkan ianya akan kekal untuk mencemari kawasan itu.
9. Walaupun masalah pembuangan sampah-sarap dimerata-rata tempat di darat ini lebih ketara dilihat tetapi masalah pembuangan sampah-sarap ke dalam air akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada hidupan-hidupan didalam air.
10. Sebagai contoh, satu laporan Programme Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dikenali sebagai UNEP menyatakan bahawa diantara mangsa kematian dikalangan hidupan laut seperti: penyu, ikan, burung, ikan lumba-lumba dan anjing laut adalah disebabkan oleh tertelan benda plastik. Mereka juga telah menggangarkan bahawa diseluruh dunia sebanyak lebih kurang seratus ribu ekor mamalia laut dan penyu mati setiap tahun disebabkan oleh sampah plastik.
11. Selain daripada kesan secara fizikal, sampah yang mengandungi kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang secara berterusan kedalam kawasan air yang sama boleh menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebih-lebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya process “eutrophication” dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebih-lebihan dan apa bila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau ‘decompose’ alga tersebut akan mempergunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup kerana kekurangan oksigen.
12. Selain daripada itu, pembuangan sampah kedalam laluan air seperti longkang dan anak sungai juga boleh menimbulkan masalah banjir atau memburukan lagi keadaan banjir disesuatu kawasan disebabkan longkang-longkang atau anak sungai yang mengalirkan air keluar dikawasan itu tersumbat oleh sampah sarap.
13. Contoh-contoh kesan yang diberikan ini hanyalah bagi sampah-sarap biasa. Sepertimana yang telah disebutkan lebih awal kesan pembuangan sampah dimerata-rata tempat kepada alam sekitar adalah tertakluk kepada jenis barang-barang yang dibuang itu. Sudah setentunya sisa-sisa yang terdiri daripada bahan-bahan berbahaya dan toksik akan menyebabkan kesan yang berlainan lagi. Tetapi, alhamdulilah masalah pembuangan bahan-bahan seperti itu di merata-rata tempat tidak sering berlaku.
14. Selain daripada kesan kepada alam sekitar salah satu daripada kesan pembuangan sampah-sarap dimerata-rata tempat ini adalah kesan visual yang negatif. Ianya juga boleh menjejaskan imej sesuatu kawasan itu dan juga boleh memberikan gambaran bahawa penduduk dikawasan itu tidak pembersih walaupun hanya disebabkan oleh sebahagian daripada masyarakat sahaja, sepertimana peribahasa “sebab nila setitik rosak susu sebelangga”.
15. Oleh yang demikian, setiap individu itu perlu mengelakkan daripada membuang sampah dimerata-rata tempat atau ditempat yang bukan dikhaskan. Menjaga kebersihan sesuatu kawasan tersebut adalah penting untuk menjaga kesihatan, keselamatan dan keselesaan bersama.
16. Sebagai contoh, perbuatan membuang sampah ringan daripada kereta jika sering berlaku juga akan menyebabkan keadaan persekitaran yang kotor seperti yang dapat dilihat pada misalnya disepanjang jalan raya menuju pos-pos kawalan sempadan ataupun ditempat penantian ferri dan seumpanya. Memandangkan tempat-tempat ini juga merupaka salah satu tempat pintu masuk ke negara kita iannya memberikan gambaran awal yang tidak baik.
17. Tambahan lagi negara kita berusaha untuk memperomosikan industri pelancongan dinegara kita ini. Ianya adalah amat mendukacitakan apabila kita melihat kawasan-kawasan riadah seperti pantai-pantai dan taman-taman peranignan dicemarai oleh sampah sarap yang disebabkan oleh pengunjung tempat itu sendiri. Ini termasuk juga kawasan-kawasan hutan dimana sering berlaku pengembara berjalan kaki meninggalkan sampah di dalam kawasan-kawasan hutan. Saya percaya salah satu daya tarikan kawasan-kawasan seperti ini adalah keadaa
n keasliannya yang bersih dan segar. Oleh yang demikian jika kawasan tersebut sudah dicemari oleh sampah maka ianya tidak akan begitu menarik lagi dan untuk membersihkan kawasan-kawasan terpencil seperti ini tidak mudah.

Friday, January 14, 2011

Cg Zue's Birthday Giveaway

Sesiapa yang berminat nak join contest ni boleh klik kat sini

SYARAT PENYERTAAN:

-Jadi follower cikgu bagi yang tak jadi lagi
-Buat 1 entry yang bertajuk Cg Zue's Birthday Giveaway
-Letakkan blog cg di list blog anda
-Tag TIGA kawan anda dan bagi info kat dia suruh join(klu dia tak nak tak apa)
-Pastekan gambar atas nie kat tempat post blog anda dan linkkan skali .
-Buat satu entri mengenai tajuk Saya suka alam persekolahan kerana ........
(tidak lebih 10 patah perkataan) di blog anda

-Tinggalkan comment di entry ini yang mengandungi nama dan link entry (URL) anda untuk
cikgu
kenalpasti nanti.

Tarikh luput jatuh pada
7 Februari 2011 iaitu pada hari Isnin tau.

Good Luck. Hadiah menarik menanti anda ..... join jangan tak join ....

Saya suka alam persekolahan kerana mengenali cikgu dan belajar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...