Friday, February 25, 2011

Pembuangan sampah

Pembuangan sampah dimerata-rata tempat: Kesannya kepada alam sekitar.

1. Kejadian pembuangan sampah dimerata-rata tempat masih dapat dilihat berlaku dinegara kita ini.
2. Kesanny
a kepada alam sekitar adalah tertakluk kepada jenis barang-barang yang dibuang itu.
3. Walaubagaimanapun, sepertimana yang telah diperhatikan, jenis sampah yang sering di buang dimerata-rata tempat adalah sampah yang terdiri daripada sisa-sisa makanan termasuk bahan-bahan bungkusan makanan dan minuman.
4. Jenis sampah seperti ini, jika dibiarkan akan menyebabkan keadaan sekeliling berbau busuk dan juga seterusnya menarik tikus dan lalat yang mana merupakan pembawa penyakit.
5. Barang-barang yang dibuang itu juga selalunya terdiri daripada bekas-bekas yang boleh menakung air dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.
6. Selain daripada itu, sampah-sampah yang terdiri daripada benda-benda tajam seperti pecahan kaca dan potongan tin juga akan menyebabkan kawasan yang dikotori itu berbahaya kepada keselamatan.
7. Dari apa yang diperhatikan juga, benda utama sampah-sampah yang dibuang dimerata-rata tempat adalah benda-benda plastik, terutamanya beg plastik dan botol plastik.
8. Sepertimana yang diketahui benda yang diperbuat daripada plastik konvensional, tidak mudah reput dan jika tidak dibersihkan ianya akan kekal untuk mencemari kawasan itu.
9. Walaupun masalah pembuangan sampah-sarap dimerata-rata tempat di darat ini lebih ketara dilihat tetapi masalah pembuangan sampah-sarap ke dalam air akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada hidupan-hidupan didalam air.
10. Sebagai contoh, satu laporan Programme Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dikenali sebagai UNEP menyatakan bahawa diantara mangsa kematian dikalangan hidupan laut seperti: penyu, ikan, burung, ikan lumba-lumba dan anjing laut adalah disebabkan oleh tertelan benda plastik. Mereka juga telah menggangarkan bahawa diseluruh dunia sebanyak lebih kurang seratus ribu ekor mamalia laut dan penyu mati setiap tahun disebabkan oleh sampah plastik.
11. Selain daripada kesan secara fizikal, sampah yang mengandungi kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa makanan dan najis, jika dibuang secara berterusan kedalam kawasan air yang sama boleh menyebabkan air dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebih-lebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya process “eutrophication” dimana nutrien-nutrien tersebut menyebabkan alga tumbuh berlebih-lebihan dan apa bila alga-alga itu mati, bakteria yang mereputkan atau ‘decompose’ alga tersebut akan mempergunakan jumlah oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup kerana kekurangan oksigen.
12. Selain daripada itu, pembuangan sampah kedalam laluan air seperti longkang dan anak sungai juga boleh menimbulkan masalah banjir atau memburukan lagi keadaan banjir disesuatu kawasan disebabkan longkang-longkang atau anak sungai yang mengalirkan air keluar dikawasan itu tersumbat oleh sampah sarap.
13. Contoh-contoh kesan yang diberikan ini hanyalah bagi sampah-sarap biasa. Sepertimana yang telah disebutkan lebih awal kesan pembuangan sampah dimerata-rata tempat kepada alam sekitar adalah tertakluk kepada jenis barang-barang yang dibuang itu. Sudah setentunya sisa-sisa yang terdiri daripada bahan-bahan berbahaya dan toksik akan menyebabkan kesan yang berlainan lagi. Tetapi, alhamdulilah masalah pembuangan bahan-bahan seperti itu di merata-rata tempat tidak sering berlaku.
14. Selain daripada kesan kepada alam sekitar salah satu daripada kesan pembuangan sampah-sarap dimerata-rata tempat ini adalah kesan visual yang negatif. Ianya juga boleh menjejaskan imej sesuatu kawasan itu dan juga boleh memberikan gambaran bahawa penduduk dikawasan itu tidak pembersih walaupun hanya disebabkan oleh sebahagian daripada masyarakat sahaja, sepertimana peribahasa “sebab nila setitik rosak susu sebelangga”.
15. Oleh yang demikian, setiap individu itu perlu mengelakkan daripada membuang sampah dimerata-rata tempat atau ditempat yang bukan dikhaskan. Menjaga kebersihan sesuatu kawasan tersebut adalah penting untuk menjaga kesihatan, keselamatan dan keselesaan bersama.
16. Sebagai contoh, perbuatan membuang sampah ringan daripada kereta jika sering berlaku juga akan menyebabkan keadaan persekitaran yang kotor seperti yang dapat dilihat pada misalnya disepanjang jalan raya menuju pos-pos kawalan sempadan ataupun ditempat penantian ferri dan seumpanya. Memandangkan tempat-tempat ini juga merupaka salah satu tempat pintu masuk ke negara kita iannya memberikan gambaran awal yang tidak baik.
17. Tambahan lagi negara kita berusaha untuk memperomosikan industri pelancongan dinegara kita ini. Ianya adalah amat mendukacitakan apabila kita melihat kawasan-kawasan riadah seperti pantai-pantai dan taman-taman peranignan dicemarai oleh sampah sarap yang disebabkan oleh pengunjung tempat itu sendiri. Ini termasuk juga kawasan-kawasan hutan dimana sering berlaku pengembara berjalan kaki meninggalkan sampah di dalam kawasan-kawasan hutan. Saya percaya salah satu daya tarikan kawasan-kawasan seperti ini adalah keadaa
n keasliannya yang bersih dan segar. Oleh yang demikian jika kawasan tersebut sudah dicemari oleh sampah maka ianya tidak akan begitu menarik lagi dan untuk membersihkan kawasan-kawasan terpencil seperti ini tidak mudah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...